Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram.

Beliau membuat pengakuan di hadapan Hakim Mohamad Zaini selepas permohonannya untuk memindahkan kes dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi; dibenarkan pada 25 November tahun lalu.

Pada prosiding berkenaan, 24 Mac ditetapkan bagi pengurusan kes.

Mahkamah turut memutuskan 22 hari tempoh perbicaraan kes bermula 7 Jun sehingga 22 Julai depan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Hakim Mohamad Zaini menasihatkan Syed Saddiq lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya di mahkamah.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin turut menasihati bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak perlu mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan dirinya sebelum perbicaraan bermula.

Bagaimanapun, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq mengambil maklum teguran hakim berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini