Perlawanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika bertukar tragedi apabila enam orang terbunuh akibat rempuhan di pintu masuk Stadium Olembe di ibu negara Cameroon.

Manakala berpuluh-puluh yang lain cedera sebelum perlawanan tersebut bermula semalam.

Stesen televisyen CRTV melaporkan, mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital Messassi di bandar itu selepas kejadian.

Insiden berlaku ketika penyokong berebut-rebut untuk masuk ke tempat duduk aras bawah stadium tersebut.

Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) akan menyiasat insiden berkenaan.

Bagaimanapun, perlawanan antara pasukan tuan rumah dengan Comoros tetap diteruskan setelah keadaan di stadium terkawal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini