Skuad badminton negara akhirnya menamatkan kemarau 23 tahun dalam acara beregu campuran selepas gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See pada aksi final.

Dalam perebutan pingat emas ke-38 kontinjen Malaysia itu, kedua-dua pasangan berjaya mempamer permainan yang menghiburkan sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Bagaimanapun, gandingan muda, Tang Jie-Yen Wei berjaya mempamer aksi lebih bertenaga dengan menewaskan Pang Ron-Yee See dalam pertarungan 3 set, 15-21, 21-19, 21-13.

Kali terakhir Malaysia mengungguli acara berkenaan pada Sukan SEA ialah pada edisi 1999 di Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng dan Chor Hooi Yee.

Secara keseluruhan, kem badminton negara berjaya membawa pulang satu emas dua perak dan satu gangsa pada edisi di Hanoi kali ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini