Pasangan yang baru digandingkan, Anna Ching Yik Cheong  dan Teoh Mei Xing muncul juara beregu wanita  terbuka Czech selepas menumbangkan pasangan Indonesia Febby Dwijayanti Gani dan Jesita Putri Miantoro. Pasangan muda negera itu menerima tentangan sengit selama 55 minit sebelum menumpaskan lawan 21-15,16-21, 21-17.

Kejayaan itu menjadi gelaran pertama dimenangi pemain berusia 23 dan 24 tahun itu.

Sementara itu, nasib berbeza dialami beregu lelaki, Man Wei Chong-Kai Wun Tee.

Mereka tumpas kepada beregu Singapura 13-21,21-15, 21-15.dalam pertembungan yang berlangsung selama 40 minit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini