Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan emel menggunakan profil nama dan gambar pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat, yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan, sebarang komunikasi seperti itu perlulah disemak, ditentukan kesahihannya dan tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak.

Ia bagi mengelakkan mangsa daripada menjadi mangsa aktiviti berniat jahat dan berunusr penipuan.

Peringatan ini dikeluarkan hasil aduan orang ramai berikutan penerimaan emel yang tidak ditentusahkan dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian. Penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini