Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak memberikan kerjasama padu dalam pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang sedang rancak dilaksanakan di negeri  ini.
 
Ini bagi memastikan perancangan serta pembangunan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Ketika ini terdapat beberapa projek berimpak tinggi yang sedang dirancang dan dalam pembangunan di negeri ini termasuklah Pelabuhan Darat Perlis, Kawasan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA), Lembah Agro Chuping dan Jeti Bersepadu Sanglang.
 
Titah baginda,sekiranya semua terlaksana seperti yang dirancang, projek-projek tersebut dapat memberikan manfaat yang besar pada rakyat, negeri dan secara tidak langsung pada negara terutama sekali dari segi pembangunan sosioekonomi.
 
Demikian titah baginda ketika meninjau lokasi pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis di Seriab yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2023.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini