Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited meneruskan kecemerlangan sepanjang tahun 2021.

Mereka mengakui pelbagai insiatif dilaksana dengan berjaya biarpun terkekang dengan pandemik COVID-19.

Antara kejayaan MAIPs sepanjang 2021 adalah pelaksanaan sembilan inisiatif  menangani Covid-19, agihan 45 skim zakat secara hikmah dan bersasar, penerusan program latihan dan penempatan pekerjaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs selain 23 inisiatif Pelan Agihan
Holistik MAIPs 2.0.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya juga telah menyerahkan sepenuhnya Bangunan Wakaf MAIPs bagi Pusat Dialisis Hospital Tuanku Fauziah serta Projek DiRaja Kampung Warna-warni untuk Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.

MAIPs turut berjaya mengekalkan Sijil Bersih Tanpa Teguran oleh Ketua Audit Negara untuk tempoh sembilan tahun berturut-turut.

Agensit itu turut merangkul Anugerah Khas MASTI daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan meneruskan penarafan cemerlang bagi laman web berdasarkan Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini