Berlian biru terbesar seberat 15 karat akan dilelong di Hong Kong pada April ini. 

Batu permata paling berharga itu akan ditawarkan rumah lelongan Sotheby’s dan dinilai pada harga lebih RM200 juta.

Ini merupakan lelongan pertama yang menampilkan berlian biru lebih daripada 15 karat.

Berlian biru ini telah digredkan oleh Institut Gemologikal Amerika Syarikat (GIA) sebagai ‘Fancy Vivid Blue’ iaitu gred warna tertinggi.

Berlian ini akan dipamerkan kepada umumdi New York sebelum dibawa ke Hong Kong untuk dilelong.

Berlian milik De Beers Cullinan Blue ini ditemui di Lombong Culinan, Afrika Selatan pada 2021.

Kali terakhir belian biru dilelong pada Mei 2016, seberat 14.62 karat dengan harga RM240 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini