Enigma merupakan berlian hitam carbonado terbesar dan sangat jarang ditemui dengan berat 555.55 karat serta mempunyai 55 segi.

Selepas dipamerkan di Dubai, berlian ini akan dibawa ke Los Angeles dan London, untuk acara lelongan dalam talian bermula 3 hingga 9 Februari depan.

Digelar sebagai keajaiban kosmik, Enigma dipercayai tercipta apabila asteroid melanda bumi lebih 2.6 bilion tahun lalu.

Merupakan salah satu bahan yang sukar dipotong, batu permata ini juga memegang rekod Guiness sebagai berlian potongan terbesar di dunia.

Selepas dipotong, pemiliknya juga tidak pernah mempamerkan kepada umum sejak 20 tahun lalu dan potongannya diilhamkan dari simbol tapak tangan purba iaitu, tangan Hamsa yang memberi makna kuasa dan perlindungan.

Rumah lelongan Sotheby menjangkakan berlian ini mampu dijual pada harga mencecah RM20.9 juta.

Malah agensi itu juga membenarkan penggunaan mata wang kripto untuk membida berlian berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini