Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai ini.

Pelaksanaan urus niaga tanpa tunai berkenaan akan dikuatkuasakan di semua 54 pusat pemeriksaan agensi itu di seluruh negara mulai tarikh itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Shukor Ismail dalam kenyataan berkata, pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pilihan e-dompet, kad debit atau kad kredit.

Menurutnya Puspakom menerima pembayaran tanpa tunai melalui pelbagai pilihan e-dompet termasuk PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay di semua pusat pemeriksaannya di seluruh negara.

Katanya, data menunjukkan lebih 90 peratus pelanggan Puspakom menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai dan ia menunjukkan kaedah itu menjadi pilihan kerana ia lebih mudah, cepat dan selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini