Agensi berita RTM dan Bernama perlu mewujudkan ekosistem baharu dalam penyampaian maklumat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kedua-dua agensi itu perlu bersaing dengan platform media yang lain, selain kekal sebagai sumber yang dipercayai, diyakini dan berkesan kepada orang awam.

Menerusi ucapan Amanat Tahun Baharu 2022 KKMM pula, beliau  berkeyakinan agensi dibawah kementerian mampu menghasilkan prestasi yang lebih cemerlang.

Pada masa yang sama, Tan Sri Annuar berharap prestasi itu dicapai melalui pelantikan pegawai-pegawai kanan baharu di jabatan serta agensi KKMM berkuat kuasa Januari.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Che Roslan Che Daud yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu dan  Khairdzir Md Yunus sebagai Ketua Pengarang Bernama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini