Sebahagian 200 penduduk Orang Asli dari suku Batek di Kuala Koh, Kelantan dikenalpasti sudah berpindah ke lebih 10 lokasi baharu sekitar penempatan itu sejak berlakunya penularan jangkitan kuman saluran pernafasan di kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid, berkata mereka didapati mula berpindah secara berperingkat sejak bulan lalu. Ia selepas berlaku kematian membabitkan anggota mereka akibat jangkitan berkenaan. Proses berpindah randah tersebut katanya perkara biasa untuk kaum mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini