Sebuah kafe di Thailand mencuri tumpuan ramai apabila pengunjung berpeluang ‘bermanja’ dengan puluhan ikan koi yang dibiarkan berenang bebas di lantai premis.

Lantai di Kafe Sweet Fishs di Khanom diubah suai menjadi seperti kolam cetek paras buku lali dan puluhan ikan koi dilepaskan untuk memberi kelainan kepada pengunjung.

Pemilik kafe tersebut, Yosaphol Jitmung berkata, konsep kolam dalam kafe itu merupakan terapi ketenangan kepada pengunjung, selain menjadi tarikan unik yang jarang didapati di tempat lain.

Katanya, pekerja kafe akan menukar air setiap pagi dan malam sebelum kafe ditutup bagi menjaga kebersihan dan kesihatan ikan.

Para pengunjung juga perlu membersihkan kaki mereka terlebih dahulu sebelum memasuki kafe, selain tidak dibenarkan menyentuh atau memberi makan kepada ikan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini