Pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean tidak menolak kemungkinan untuk bersara awal sekiranya dia gagal mendapatkan tajaan dan mencari pasangan beregu baharu dalam meneruskan karier sebagai pemain profesional.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan penarikan diri Meng Yean yang merupakan kapten pasukan Piala Uber 2020 berkuatkuasa semalam.

Kali terakhir pemain berusia 27 tahun dari Melaka itu membuat penampilan dengan pasukan kebangsaan ialah di Terbuka Indonesia, November tahun lepas bersama-sama Yap Cheng Wen.

Meng Yean sebelum ini pernah beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan Chow Mei Kuan dalam acara beregu wanita sebelum gandingannya itu bersara pada September 2021.

Bersama-sama Mei Kuan, mereka berjaya merangkul pingat perak dan gangsa masing-masing pada Sukan SEA 2017 dan 2019, selain meraih kedudukan ke-10 terbaik dunia pada Mac tahun lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini