Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, sejak 23 Februari lalu.
 
Kapal ditahan di kedudukan 14 batu nautika Timur Tanjung Kelesa, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal yang berdaftar dari Liberia itu dikendalikan 17 kru lelaki warganegara Filipina berusia antara 23 hingga 66 tahun.
 
Nakhoda dan Ketua Jurutera kapal dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
 
Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini