Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Mairitim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal kargo dipercayai bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 21.6 batu nautika timur Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor pada 11.15 pagi semalam.

Timbalan Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Najib Sam memaklumkan, turut ditahan tujuh anak kapal warga Vietnam berumur 24 hingga 56 tahun.

Kesemuanya mempunyai dokumen sah kecuali kegagalan
Nakhoda kapal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sabit kesalahan memperuntukkan denda tidak lebih 100 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini