Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP mengesan aktiviti membeli bahan bakar bersubsidi di stesen-stesen minyak di Terengganu sebelum menjualnya dengan harga lebih tinggi kepada pihak industri.

Aktiviti tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada kenaikan harga petrol dan diesel disyaki dibuat menggunakan lori tangki minyak berlesen.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, kegiatan tersebut mula dikesan menular di negeri ini menerusi penahanan sebuah lori tangki di sebuah stesen minyak di Wakaf Tapai, Marang 18 Mei lalu.

Sewaktu ditahan, suspek sedang memindahkan minyak diesel sebanyak 16 ribu 380 liter ke ruang simpanan tangki lori tanpa kebenaran daripada Pengawal Bekalan.

Sehubungan itu, KPDNHEP Terengganu telah mengambil pendekatan proaktif menggerakkan 116 penguat kuasa untuk memeriksa 160 stesen minyak di seluruh negeri ini bagi membendung kegiatan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini