Di Kuala Terengganu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri berjaya menangkap seekor beruang matahari di Kampung FELDA Belara, Kuala Terengganu semalam.Difahamkan, beruang matahari itu disedari memasuki perangkap yang dipasang PERHILITAN pada 7.30 pagi oleh seorang penduduk selepas ia dialihkan daripada lokasi awal yang dipasang sejak dua minggu lalu.Perangkap dipasang selepas pihak PERHILITAN menerima aduan penduduk yang ternampak beruang itu berlegar di kawasan perkampungan.Tangkapan beruang matahari tersebut adalah yang ketiga pada tahun ini dengan dua tangkapan di Jambu Bongkok, Marang.###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini