Berada dalam fasa endemik rakyat tidak harus berasa selesa dan lega.

Menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, selain belajar membiasakan diri dengan persekitaran, pematuhan SOP yang tinggi tetap menjadi pegangan.

Bagi Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, rakyat perlu terlindung daripada virus COVID 19 dalam tempoh masa yang panjang serta berharap ia tidak menyebabkan kes kematian yang lebih tinggi.

Negara telah menampakkan kejayaan menangani wabak COVID-19 serta secara perlahan berubah daripada fasa pandemik kepada endemik menjelang penghujung oktober ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini