Masih di Thailand. Seekor biawak mencetuskan huru-hara kepada sebuah keluarga di Bangkok apabila ia dengan selamba memasuki kediaman mereka.

Kehadiran haiwan terbabit pada awalnya tidak disedari lelaki yang berbaring berhampiran dengan pintu masuk. Ia kemudian menjadi kelam-kabut apabila dua orang cucunya menjerit sebaik melihat haiwan itu.

Dalam rakaman litar tertutup (CCTV) ini, dapat dilihat kedua datuk dan nenek kanak-kanak terbabit seakan terpinga-pinga dengan jeritan mereka.

Setelah diperiksa, barulah dia sedar bahawa rumahnya sudah diceroboh seekor biawak. Lebih memeranjatkan lelaki itu, adalah dirinya, yang langsung tidak perasan akan kehadiran haiwan tersebut yang melintasinya dengan begitu hampir. Kejadian berlaku pada 2 November lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini