Perbicaraan kes menggunakan gelaran Datuk palsu oleh seorang ahli perniagaan ditunda ke 24 Februari selepas tertuduh tidak hadir di Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap peguam, Datuk Halim Shah Abdullah, tertuduh Siri Devan Vindoraja tidak hadir perbicaraan dengan alasan bimbang penularan wabak COVID-19.

Tertuduh didapati menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf dalam setiap urusan persendirian dan perniagaannya.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara selama setahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini