Peguam bela suspek yang dituduh menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines MH17 berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan peluru berpandu buatan Rusia menembak jatuh pesawat itu ketika menggulung kes tersebut, SEMALAM.

Menurut Sabine Ten Doesschaet yang mewakili tertuduh, Oleg Pulatov, tiada rakaman perbualan telefon , gambar dan kenyataan saksiĀ  dikemukakan pihak pendakwaan bagi mengukuhkan dakwaan peluru berpandu berkenaan, yang menjatuhkan pesawat MH17.

Sabine berkata, walaupun peluru berpandu dilancarkan, ia tidak dapat dibuktikan secara konklusif adalah peluru berpandu yang menembak jatuh MH17.

Peguam Pulatov itu memberitahu hakim bahawa terdapat ‘ke-lom-po-ngan’ dalam kes pendakwaan kerana mereka terlalu tertumpu untuk membuktikan kumpulan pemisah menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan Rusia.

Pihak pendakwa pada Disember menggesa hukuman penjara seumur hidup bagi empat lelaki yang disyaki terbabit iaitu warga Rusia – Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine Leonid Khar-chenko.

Hanya Pulatov yang mempunyai peguam bela dan tiada seorang pun daripada suspek lain yang hadir di mahkamah.

Perbicaraan terhadap empat suspek berkenaan bermula pada Mac 2020 kembali menjadi tumpuan sejak pencerobohan Rusia di Ukraine pada Februari lalu.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini