Sektor aeroangkasa dijangka menjana hasil mencecah RM30 bilion menjelang 2025.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, potensi tersebut perlu dimanfaatkan penggiat industri terutamanya perusahaan kecil sederhana, PKS menerusi peningkatan rantaian nilai.

Syarikat tempatan juga digesa memanfaatkan kemajuan teknologi dan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor aeroangkasa.

Ia akan memberi nilai tambah kepada syarikat tempatan dalam penghasilan produk yang memenuhi keperluan semasa serta menepati amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, ESG.

Datuk Seri MOhamed Azmin berkata demikian selepas pelancaran Malaysia Aerospace Summit 2021, MyAERO’21 di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini