Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, terjatuh ketika menaiki basikal berhampiran rumah pantainya di Delaware, awal pagi semalam. Namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu rakaman video menunjukkan presiden berusia 79 tahun itu bingkas bangun selepas terjatuh dan menyatakan beliau okay. Ketika kejadian, beliau berbasikal bersama Wanita Pertama, Jill Biden, dan sedang berhenti untuk berbual dengan orang ramai yang memerhati sebelum terjatuh.

Presiden kemudiannya memaklumkan bahawa beliau hilang keseimbangan badan ketika cuba menarik keluar kakinya dari klip basikal. Sementara itu, Jurucakap White House berkata, tiada perhatian kecemasan diperlukan dan Presiden tidak sabar untuk menghabiskan keseluruhan harinya dengan ahli keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini