Presiden, Joe Biden menyeru Rizab Persekutuan Amerika Syarikat meningkatkan usaha memerangi inflasi dengan menarik balik peningkatan monetari ekonomi negara itu
Inflasi tinggi mengekang pentadbiran Biden, menyebabkan sokongan rakyat terhadapnya merosot walaupun pertumbuhan ekonomi dan pengambilan pekerja meningkat.
Minggu lalu, inflasi Amerika berada pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 40 tahun.
Indeks Harga Pengguna sepanjang tahun lalu melonjak tujuh peratus, tertinggi sejak Jun 1982.
Biden berkata perkara terbaik untuk menangani kenaikan harga adalah ekonomi yang lebih produktif, dengan kapasiti yang lebih besar untuk menyampaikan barangan dan perkhidmatan kepada rakyat Amerika Syarikat. Beliau menjelaskan telah membentangkan rancangan tiga bahagian untuk melaksanakan perkara berkenaan.