Kadar penceraian di Malaysia menunjukkan trend menurun.

Ia menurun sebanyak 19.2 peratus, iaitu 45,754 pada tahun lepas, berbanding 56,624.

Statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar perceraian tertinggi melibatkan kumpulan umur 30 ke 34 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Laporan dikeluarkan turut memaklumkan lebih 184,500 perkahwinan direkodkan pada tahun 2020.

Bilangan itu menurun 9.4 peratus berbanding lebih 203,600 perkahwinan dicatatkan tahun 2019.

Mengikut statistik, lebih ramai wanita muda berkahwin pada 2020, iaitu pada umur penengah 26 tahun berbanding 27 tahun sebelum ini.

Manakala, umur penengah pengantin lelaki pula kekal pada usia 28 tahun.

Statistik perkahwinan dan perceraian bagi tahun 2019 dan 2020 dikeluarkan berdasarkan ciri-ciri demografi di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini