Bilangan penduduk terjejas banjir di Kedah terus berkurangan kepada 500 orang daripada 132 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 616 orang daripada 159 keluarga, petang semalam.

Setakat ini, lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar. Jelas kenyataan Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, 249 orang ditempatkan di PPS.

Ini termasuk PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah, SK Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan SMK Simpang Kuala.

Manakala PPS SK Suka Menanti yang dibuka 1 Nov lepas masih dibuka.

Seramai 251 orang pula masih berlindung di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih di daerah Pendang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini