Sehingga pukul 11 pagi tadi,bilangan penduduk terjejas yang ditempatkan di lima Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Baling dan Pendang kekal sebanyak 64 keluarga melibatkan 241 orang.

Ketua Bahagian Operasi Bencana negeri Kedah, Kapten Pertahanan Awam Saifuddin Abdullah, menerusi satu kenyataan memaklumkan di Baling, 29 keluarga melibatkan 102 penduduk terlibat.

PPS SK Tanjung Pari menempatkan lapan keluarga daripada 26 penduduk yang terjejas banjir, PPS SK Siong, lapan keluarga daripada 21 penduduk dan PPS Dewan Orang Ramai Banggol Derom dengan 11 keluarga daripada 46 penduduk.

Manakala di PPS Titi Gantung, menempatkan  sembilan orang daripada dua keluarga.

Sementara itu di Pendang, sejumlah 35 keluarga daripada 139 penduduk masih ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini