Saingan Piala Super Sepanyol.

Aksi luar biasa dipamerkan Athletic Bilbao apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan juara La Liga, Atletico Madrid 2-1.

Ia sekali gus membolehkan Bilbao menempah ke slot saingan akhir kejohanan.

Dalam saingan tersebut gol awal perlawanan diperoleh menerusi jaringan sendiri pemain Bilbao, Unai Simon pada minit ke-62 sekali gus memberikan kelebihan kepada Atletico Madrid.

Ketinggalan 0-1 memberikan tekanan kepada Bilbao sebelum berjaya meledak dua gol menerusi Yeray Alvarez pada minit ke-77 dan Nico Williams pada minit ke-81. Bagi jurulatih Bilbao, Marcelino, kemenangan tersebut membuktikan keupayaan pasukannya untuk melangkah lebih jauh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini