Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengumumkan pelantikan Datuk Bazlan Osman dan Nuraini Ismail sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharunya berkuat kuasa semalam.

Dalam kenyataan, BIMB memaklumkan pelantikan itu akan memperkukuh komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan.

Ini berikutan BIMB memulakan era baharu sebagai bank Islam tulen dan lengkap yang pertama tersenarai di Bursa Malaysia.

Datuk Bazlan Osman pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif TM.

Manakala Nuraini pernah memegang jawatan terakhir sebagai Naib Presiden Perbendaharaan, Kewangan PETRONAS.

Kenyatan itu menyebut kepakaran dan rekod prestasi mereka dalam industri akan menjadi aset kepada BIMB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini