Seorang Bintara Muda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan menerima suapan RM26,200 daripada nelayan empat tahun lalu.

Mohd Norizan Yahaya, 46 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zani di Mahkamah Sesyen Kuantan.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga ke-32, Mohd Norizan menerima suapan berjumlah RM26,200 daripada Neo Siang Joo melalui pindahan wang secara dalam talian ke  akaun bank miliknya.
 
Dia didakwa melakukan perbuatan terbabit di Bank Islam Malaysia
Berhad Cawangan Mahkota Square Jalan Mahkota, Kuantan, antara 13 Mei 2018 hingga 30 Mei 2019. Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot milik Siong Joo.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuan memohon mahkamah mengenakan kadar ikat jamin rendah memandangkan dia hanya mempunyai RM4,000 dan sedang menanggung isteri yang tidak bekerja selain menghidap kanser pangkal rahim tahap tiga.
 
Hakim memutuskan jumlah ikat jamin RM15,000 dengan
seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu hadir melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga selesai perbicaraan. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 6 Januari tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini