Sebanyak 65,189 permohonan Bantuan Khas COVID-19 diterima setakat 6 Disember lalu dengan  22,336 permohonan diluluskan  melibatkan bantuan sebanyak RM28.6 juta 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 pula, daripada 24,305 permohonan diterima, sebanyak 11,816 permohonan diluluskan melibatkan bantuan sebanyak RM59.08 juta.

Datuk Mastura berkata, jika terdapat permohonan bantuan dalam kawasan ahli parlimen yang masih belum dihantar, mereka disarankan mengemukakan permohonan itu terus kepada beliau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini