Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dijangka memberi manfaat kepada 7.61 juta penduduk luar bandar.

Sebahagian besarnya tergolong dalam kalangan miskin tegar, B40 serta M40.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pembayaran tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Datuk Seri Mahdzir berkata demikian selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Bermula Isnin ini, pembayaran BKC Fasa Satu akan dikreditkan ke akaun penerima.

Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan segera membuat pembayaran yang sepatutnya bermula, bulan lalu.

Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini