Penerima BKC Fasa Satu dipilih secara automatik, tanpa perlu mengemukakan permohonan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata,  data kategori miskin tegar diperoleh daripada permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-kasih.
 
Bagi kategori B40, data mereka juga diperoleh daripada senarai penerima BPR 2021. Manakala bagi golongan M40, semakan dibuat menerusi data percukaian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini