Baucar tunai Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang disediakan Kementerian Kewangan perlu sampai ke tangan penerima tanpa sebarang kelewatan.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta Kementerian Kewangan supaya memastikan kelancaran proses pengagihan. Ini khususnya bagi penerima yang berada di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Berdasarkan data Kementerian Kewangan, terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC tidak mempunyai akaun bank. Terdahulu Perdana Menteri meninjau sendiri proses pembayaran BKC Fasa 1 secara dalam talian dan pembayaran BKC dikreditkan kepada 10 juta penerima.            

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini