Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan melawat Malaysia dari 14 hingga 15 Disember ini.

Kementerian Luar Negeri berkata sempena lawatan sulung ke Malaysia, Blinken akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Blinken turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia akan memberi peluang besar kepada Malaysia dan AS untuk memperluaskan kerjasama pelbagai bidang di samping meneroka inisiatif-inisatif baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini