Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 10.30 malam tadi untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Ketibaan beliau disambut Ketua Protokol kementerian Luar Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Setiausaha Bahagian Amerika, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid dan Duta Besar Amerika ke Malaysia Brian McFeeters.

Malaysia adalah persinggahan kedua Blinken sempena  lawatannya ke rantau ini yang turut merangkumi Indonesia dan Thailand
 
Sempena lawatan sulung ke Malaysia, Blinken akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
 
Blinken turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Lawatan Kerja itu akan memberi peluang besar kepada Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memperluas kerjasama pelbagai bidang di samping meneroka
inisatif baharu.
 
Isu antarabangsa dan serantau berkepentingan bersama akan turut
dibincangkan secara menyeluruh. 

Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang dan pelabur utama Malaysia.
 
Pada tahun lalu, nilai dagang dua hala Malaysia-Amerika Syarikat berjumlah 178.18 bilion ringgit.

Manakala nilai pelaburan Amerika Syarikat di Malaysia dalam sektor pembuatan berjumlah 3.7 bilion ringgit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini