Pra-Pelancaran Blueprint (Rangka Tindakan) Perumahan 3.0 adalah untuk menambah baik agenda perumahan demi kepentingan kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, blueprint itu dibina dengan berlandaskan tiga objektif utama iaitu pembinaan, penyelenggaraan dan pemilikan.

Di bawah blueprint itu, 12,733 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera akan dibina di bawah lima fasa bermula pada 2023 hingga 2030.

Selain itu, beliau berkata kementerian juga bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bekerjasama mewujudkan kuota khas yang akan dirundingkan untuk warga ATM dan veteran bagi setiap projek pembangunan rumah mampu milik yang dibangunkan KPKT di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini