Menerusi kemenangan pada PRU DUN Melaka, Barisan Nasional bakal mengambil beberapa ketetapan menjurus ke arah transformasi dan pengukuhan kepada kestabilan politik di Melaka.

Antara yang diusulkan adalah memperkenalkan enakmen lompat parti dan meminda peruntukan undang-undang berkaitan isu berkenaan. Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di Ayer Keroh, berkata BN juga akan mengusulkan kerjasama antara ADUN, untuk memastikan jangka hayat di DUN Melaka kekal untuk empat tahun daripada tempoh bersidang.

Pada masa sama, memperkenalkan undi percaya konstruktif bagi memastikan kerajaan tidak dijatuhkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini