BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Asahan dengan undi sebanyak 5,659 undi. Menewaskan lawannya daripada PH, Datuk Seri Idris Haron, PN, B.Dhanesh dan tiga lagi calon bebas. Berjaya menduduki kerusi DUN Asahan, Fairul Nizam Roslan mendahului, dengan majoriti 2,993 undi. Beliau yang ditemui, optimis akan bekerja keras untuk menunaikan janjinya kepada pengundi-pengundi di DUN ini.

Pendidikan akan menjadi fokus utama selepas menggalas tanggungjawabnya. DUN Asahan menyaksikan pertembungan ENAM penjuru. Datuk Seri Idris Haron yang mewakili Pakatan Harapan PH hanya memperoleh 2,666 undi. Jumlah undi ditolak adalah 262.

Pada pilihan raya 2018, kerusi ini dimenangi Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar Atan yang juga daripada BN dengan majoriti 275 undi. Allahyarham meninggal dunia 17 November lalu kerana Covid-19.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini