Barisan Nasional, BN mempertaruhkan lebih 70 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum, Dewan Negeri Johor ke-15, 12 Mac depan.
 
Pengumuman calon BN tadi menyaksikan, UMNO bertanding 32 kerusi, 15 kerusi MCA, manakala MIC bertanding empat kerusi.
 
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad berkata, bagaimanapun calon-calon daripada MCA hanya akan dimuktamadkan selewat-lewatnya esok.
 
Antara calon yang kembali memperkuat BN adalah, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang bertanding Dun Benut dan Datuk Zulkurnain Kamisan, untuk Dun Sri Medan.
 
Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Md Sah bertanding Dun Larkin dan Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dun Machap.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini