Kertas Perbincangan Rangka Kerja Pelesenan untuk Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) dikeluarkan Bank Negara (BNM).

Ia menggariskan cadangan rangka kerja pelesenan DITO bagi menggalakkan inovasi dalam sektor insurans dan takaful.

Kertas Perbincangan menjadi pelengkap inisiatif BNM berkaitan bank digital dan pendigitalan sektor kewangan.

Cadangan rangka kerja dipekenal bagi menarik minat pemain digital baharu selain mengurangkan jurang perlindungan kritikal segmen pasaran tertentu.

Permohonan bagi lesen DITO akan diumumkan kelak.

Sebarang maklum balas bertulis mengenai kertas perbincangan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 28 Februari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini