Bank Negara Malaysia, BNM mengeluarkan Kertas Perbincangan mengenai Rangka Kerja Pelesenan untuk Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital, DITO.

Ia menggariskan rangka kerja yang dicadangkan untuk pelesenan DITO baharu bagi menggalakkan inovasi digital dalam sektor insurans dan takaful.

DITO akan menjadikan sektor insurans dan takaful lebih inklusif, berdaya saing dan cekap, selaras keperluan pengguna yang semakin berubah.

Cadangan rangka kerja ini juga bertujuan menarik minat pemain digital baharu, yang menawarkan penyelesaian inovatif bagi menangani jurang perlindungan kritikal dalam segmen pasaran tertentu.

Permohonan bagi lesen DITO akan diumumkan kelak.

Sebarang maklum balas bertulis mengenai kertas perbincangan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 28 Februari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini