FILEM animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta dalam tempoh 26 hari tayangan di Malaysia.Kejayaan terbabit sekali gus menjadikan filem animasi itu sebagai filem animasi terlaris No 1 di Malaysia mengatasi filem animasi terbitan tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA), Nizam Abdul Razak berkata, pihaknya amat teruja dengan pencapaian filem itu yang berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi untuk filem animasi tempatan.Ini adalah perkembangan yang sangat baik dalam industri filem tempatan dan menunjukkan filem animasi tempatan kita mampu bersaing dengan filem antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini