Kejayaan Kuala Lumpur City FC menjulang trofi Piala Malaysia 2021 membuktikan taktikal yang digunakan skuad The City Boys itu ‘menjadi’ pada malam tadi.

Pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, strategi pengendalinya, Bojan Hodak nyata lebih ampuh untuk memerangkap juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) dengan kemenangan 2-0.

Taktikal bertahan di separuh masa pertama selain melakukan serangan balas pantas pada babak kedua jelas berjaya menghadiahkan dua gol buat KL City.

Peluang terbaik JDT hanya muncul pada minit kelapan hasil percubaan Bergon da Silva yang terkena tiang.

Namun selepas itu, skuad The City Boys berjaya menutup segala ruang dan peluang yang dimiliki JDT.

Lebih manis, Zhafri turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan, namun pujian harus diberikan kepada penjaga gol mereka, Kevin Ray Mendoza yang banyak menafikan percubaan berbahaya Harimau Selatan.

Kejayaan ini turut menamatkan kemarau 32 tahun Kuala Lumpur dalam Piala Malaysia selepas kali terakhir menjulangnya pada 1989.

Ia juga merupakan trofi keempat Kuala Lumpur dan yang pertama buat mereka selepas diswastakan sebagai kelab KL City.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini