Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2021.

Juara bertahan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut-turut selepas membenam cabaran Johor dengan 61 berbalas 24.

Aksi final yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, didominasi skuad kendalian Norizan  Rajab bermula seawal suku pertama lagi.

Kuala Lumpur pada satu ketika berjaya menjarakkan kedudukan dengan mata 30 berbalas 13.

Sehingga wisel penamat dibunyikan Juara bertahan menamatkan perlawanan dengan keputusan 61 berbalas 24.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini