Kempen Kelayakan Bola Sepak Piala Asia Bawah 23 Tahun AFC 2022.
 
Skuad muda negara mencerahkan peluang untuk menjuarai saingan Kumpulan J apabila membenam tuan rumah, Mongolia 1-0 pada aksi kedua pagi tadi.

Nur Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira negara dengan menanduk masuk jaringan
tunggal perlawanan di minit ke 40, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney itu menghuni tangga teratas dengan 6 mata.

Perlawanan yang berlangsung di stadium MFF Ulaanbaatar itu menyaksikan penyerang negara Lukman Hakim Shamsudin menerima kad kuning seawal minit kedua.

Permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan pada 10 minit pertama permainan.

Mongolia yang mendapat sokongan lebih 300 penyokong tempatan, kerap kali cuba mengasak pertahanan Malaysia, namun berjaya ditangani benteng negara dengan baik.

Pada minit ke-40, Gol yang dicari akhirnya  berjaya dihasilkan menerusi tandukan Nur Azfar fikri bermula dengan sepakan sudut kapten pasukan, Mukhairi
Ajmal dari penjuru kanan gol Mongolia.

Gol tersebut menyentap semangat pemain lawan yang mula mengatur banyak serangan balas ke kubu Malaysia.

Kedudukan bagaimanapun kekal hingga tamat babak kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini