Tiga Sirkit kejohanan yang berlangsung di Shah Alam, Pulau Pinang dan Johor bakal menjadi medan pemilihan atlet bagi menyertai sesi kelayakan Sukan Komenwel tahun depan. Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia, (MAVA) Hean Boon Yeow.

Menurut beliau, Selain kelayakan Sukan Komenwel ia juga bakal menjadi medan pemilihan atlet bagi mewakili negara ke Sukan Asia Huangzhou dan Sukan SEA Vietnam. Dalam kejohanan sirkit di Shah Alam, Selangor MBSA muncul juara bagi kategori lelaki manakala Penang VC bagi kategori wanita.

Kejohanan berkenanan disertai 24 pasukan bagi kategori lelaki dan 12 pasukan bagi kategori wanita dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM8,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini