Orang ramai kini boleh membayar kompaun saman trafik menggunakan mesin ATM Maybank.

Mereka juga boleh membayar saman itu di Pejabat Pos, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara dengan tawaran diskaun hingga 80 peratus,  selain melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pembayaran saman bagaimanapun tidak boleh dilakukan menerusi sistem dalam talian Maybank.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir tengah malam tadi dilanjutkan hingga 31 Disember ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini