Pasukan Bomba Dan Penyelamat Marudi giat melakukan pemantauan ke kawasan-kawasan limpahan air sekitar Pekan Marudi bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjaga.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Law Poh Kiong memaklumkan, dalam pemantauan oleh anggota bomba mendapati paras air sungai sedikit surut namun masih bergenang di beberapa jalan.

Menurut Law, antara kawasan yang terlibat ialah beberapa jalan dan lorong di pekan Marudi termasuk Kampung Cina dan Kampung Padang Kerbau Marudi.

Selain itu, air masih pasang di kampung sebelah hilir sungai Marudi dengan keadaan cuaca dilaporkan baik dan cerah.

Anggota bomba juga meninjau kawasan yang kerap berlaku banjir khususnya Jalan Simpang Ngu-Pan-Borneo dan Pekan Batu Niah-Sungai Niah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini